BEKAS bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri kini dikaitkan kembali beraksi selepas kali terakhir bermain secara kompetitif pada 25 Mei lalu ketika mencentak dua jaringan gol bertemu Kuala Lumpur City FC di Stadium Kuala Lumpur.
Selepas daripada perlawanan itu, Forestieri terus disisihkan oleh pengendali JDT, Hector Bidalgio sehingga dia mengumumkan secara rasmi perpisahan dengan Harimau Selatan pada 20 September lalu.
Berusia 34 tahun, Forestieri sebelum ini dikaitkan pulang kembali ke pasukan lamanya iaitu Watford FC yang kini beraksi di EFL Championship (liga divisyen kedua England) dan sedang menduduki tangga kelapan liga itu.