MANCHESTER United menanggung satu lagi detik kekalahan apabila mereka tumpas kepada kelab divisyen empat, Grismby Town dalam aksi Piala Carabao pada Khamis menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.
Kekalahan itu turut melihatkan persembahan penjaga, Andre Onana yang sekali lagi mengecewakan apabila dengan mudah ditewaskan oleh sentuhan penyudah pemain daripada kelab divisyen empat tersebut.
Sudah pasti, namanya menjadi sasaran penyokong United baik di England atau seluruh dunia hinggakan di Malaysia, ada ‘Onana’ lain menjadi mangsa.





