PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa tampil memohon maaf atas kenyataannya selepas aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Shandong Taishan FC pada 26 November lalu.
Natxo yang ditugaskan sebagai kapten pada perlawanan terbabit gagal mengawal perasaannya ketika ditemu bual para pengamal media selepas tewas 0-1 kepada wakil kelab China itu.
Dalam pada itu, Natxo menerusi laman Instagram miliknya memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dilakukan olehnya selepas aksi berkenaan.