PERLAWANAN akhir Piala Malaysia 2024/25 berkesudahan dengan keputusan 2-1 berpihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menundukkan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Bagaimanapun, aksi tersebut dicemari beberapa kontroversi hangat dengan dua kad merah dilayangkan sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.
Tidak terhenti di situ, aksi tersebut turut menyaksikan skuad Harimau Selatan diberi sepakan penalti pada babak kedua yang kemudian tenang disempurnakan Bergson da Silva untuk mengikat kedudukan.






