PERTAHANAN negara, Shahrul Saad, sedia diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan E, Piala Asia Qatar menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu ini.
Shahrul dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua ketika Harimau Malaya tewas 0-4 di tangan Bahrain dalam aksi pertama di Stadium Al-Janoub awal pagi Selasa.
Mengakui kecewa dengan keputusan itu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan bersedia mempamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan Kim Pan-gon menentang Bahrain pada Sabtu ini, lapor Stadium Astro.
"Saya merasakan, ini tahun terakhir saya", Shahrul Saad.@ASTROARENA pic.twitter.com/iDlxbajtr1