PERNAHKAH anda penyokong Malaysia mendengar ayat bahasa Inggeris ‘one season wonder’?
‘One season wonder’ bermaksud pemain itu hanya menyerlah untuk satu musim sahaja sebelum prestasi mereka menurun secara mendadak pada tahun mendatang.
Perkara ini juga berlaku dalam Liga Malaysia selepas beberapa pemain tempatan pernah mengalami situasi sama seperti bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Michu pada musim 2012/13.