BERBAKI kurang sebulan lagi sebelum jendela perpindahan pertama ditutup, masih terdapat beberapa pasukan masih belum mengumumkan senarai skuad mereka meskipun tirai saingan akan bermula pada awal Ogos 2025.
Perlawanan pertama akan dimulakan dengan Piala Sumbangsih yang turut menjadi aksi pembukaan Liga Super melibatkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara iaitu Selangor FC pada 8 Ogos (Jumaat).
Dalam tempoh sebulan sebelum jendela perpindahan pertama akan ditutup pada 31 Ogos 2025, masih ada pemain yang dilaporkan sedang sibuk mencari kelab dan ada juga tonggak dilaporkan akan meninggalkan pasukan meskipun tampil dengan aksi cemerlang.





