DALAM kerancakan tahun baharu Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula pada April nanti, pemain berdarah kacukan Jerman-Malaysia masih menantikan peluang untuk beraksi sebagai status pemain bola sepak tempatan menjelang saingan musim baharu ini.
Pemain kacukan itu adalah Armin Maier Rafi, 27, yang pernah beraksi bersama dua pasukan gergasi Liga M iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.
Armin turut dikenali dengan corak permainan persis pemain bintang Real Madrid, Toni Kroos dan mempunyai pengalaman beraksi dalam beberapa liga di Eropah.