Sukan

[VIDEO] ‘Malaysia sangat kuat’, kapten Jepun akui ‘koyak’ berdepan Ultras

SORAKAN, dentuman gendang serta dram dari ultras Persatuan Takraw Malaysia (PSM) berjaya merencatkan persembahan Jepun dalam aksi menentang Malaysia bagi acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Pasukan Malaysia yang diwakili gandingan Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A’ripin tidak berdepan masalah untuk menewaskan Jepun 2-0 dengan merekodkan kemenangan bergaya 15-9, 15-3 ke atas Ryota Haruhara, Yuki Sato dan Ryo Nakajima.

Selain persembahan penuh penelitian dari anak-anak buah Ahmad Jais Baharun, sokongan penyokong terutama sorakan berbentuk chant dari ultras PSM berjaya mengganggu fokus pasukan pelawat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%