Sukan

[VIDEO] ‘Mahu fight untuk orang sayangi kami’, Pearly-Thinaah mahu bangkit pada aksi penentuan pingat gangsa

PELUANG mara ke pusingan akhir temasya Sukan Olimpik Paris 2024 mungkin sudah berkecai namun pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah masih berkesempatan menghadiahkan pingat buat Malaysia.

Duo badminton negara itu terpaksa akur apabila tewas dengan keputusan tipis 12-21, 21-18, 15-21 dalam tempoh 78 minit kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menurunkan motivasi mereka, malah lebih bersemangat untuk membawa sekurang-kurangnya pingat gangsa buat Malaysia menjelang perlawanan mencari tempat ketiga pada Sabtu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.