PENANTIAN untuk menyaksikan pemain warisan negara, Kobe Jae Chong menyarung jersi kebangsaan nampaknya bakal tercapai apabila ‘ubi muda’ itu sendiri memberi bayangan untuk menyertai kem Malaysia dalam masa terdekat.
Menerusi laman Instagram miliknya, pemain berdarah campuran Malaysia-Jamaica tersebut memuat naik komen ucapan terima kasih kepada penyokong tanah air yang rata-ratanya berminat untuk melihat kemampuan pemain tengah itu bersama skuad kebangsaan.
Sepotong ayat Kobe itu membuatkan ramai penyokong bola sepak domestik menafsir bahawa ia adalah petunjuk bekas acuan akademi West Bromwich Albion berkenaan bakal memperkuatkan skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan di Piala Asia nanti.