PERMULAAN sukar dihadapi pelumba negara, Hafizh Syahrin bersama pasukan permotoran Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas jenteranya rosak dalam aksi Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
Perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand berkenaan menyaksikan pelumba terbabit gagal menamatkan saingan, sekali gus meraih perhatian serong daripada orang ramai.
Namun, dalam satu lagi aksi pada Ahad, Hafizh kembali bangkit dengan muncul naib juara hanya di belakang pelumba dari Indonesia, Andi Farid Izdihar.