Sukan

[VIDEO] Lepas 3 tahun, Kpah Sherman masih kempunan tunjuk ‘taring’ aksi final lawan JDT

BERITA buruk buat pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad selepas difahamkan penyerang import, Kpah Sherman tidak dibenarkan untuk beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di aksi final Piala Malaysia 2024/25 pada 26 April nanti.

Khidmat penyerang Liberia berusia 33 tahun itu terpaksa dilupakan oleh Tok Gajah kerana perlu menjalani penggantungan perlawanan selepas Sherman mengutip kad kuning kedua dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sabah FC pada Ahad (2 Februari).

Perkara itu diakui Fandi selepas perlawanan yang mana beliau akan membuat rayuan untuk membolehkan Kpah beraksi di pentas final nanti.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.