Sukan

[VIDEO] Lelaki sanggup bayar berapa saja demi jengkaut, isteri dan anak akhirnya ditemukan tertimbus tanah runtuh di Papar

TOLONG saya”. Itulah rayuan penuh pilu seorang bapa yang kini tular di media sosial apabila isteri dan anak lelakinya menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Mook, Papar, Sabah pada Isnin.

Dalam sebuah video yang menyentuh hati, lelaki berkenaan dikenali sebagai Jude Ito merayu kepada orang ramai yang mempunyai kenderaan berat seperti jengkaut agar segera tampil membantu mencari dua insan tersayangnya yang dipercayai tertimbus.

“Tolong dulu saya…Siapa-siapa yang ada trek jengkaut, tolong hantar dulu. Saya bayar berapa saja kamu mahu. Anak dan isteri saya sekarang di dalam (tertimbus tanah),” katanya dalam nada teresak-esak.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh