SEPANJANG musim, bola sepak tempatan sering disajikan dengan pelbagai gol-gol menarik dan cantik yang dihasilkan oleh pemain.
Musim 2023 juga tidak kurang hebatnya apabila pelbagai gol-gol menarik terhasil daripada pelbagai pemain, salah seorangnya adalah menerusi bintang veteran iaitu Indra Putra Mahayuddin.
Ketika mewakili Kelantan Darul Naim (KDN) FC musim lalu, Indra mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 35 meter semasa berdepan Sabah FC.





