NAMA Mickael Groguhe tiba-tiba menjadi buah mulut dalam kalangan komuniti seni mempertahankan diri campuran (MMA) apabila atlet heavyeweight itu seakan-akan tidak beraksi sebaik mungkin ketika menentang lawannya, Islem Masraf pada Khamis.
Dalam satu pertarungan Professional Fighters League (PFL) di Paris, Perancis kategori heavyeweight menyaksikan Masraf hanya memerlukan 10 saat untuk menumbangkan Groguhe secara knockout (KO) dalam pertembungan berkenaan.
Namun, apa yang menjadi persoalan apabila Groguhe kelihatan tidak bersemangat sehingga penyokong pada awalnya menganggap ia adalah permainan psikologi dari atlet dari Perancis untuk memperdayakan lawannya.





