Sukan

[VIDEO] Laungan ‘Filipina koyak’ bantu kuadran Malaysia catat kemenangan ke-2, aksi nakal perejam negara teknik hilang ‘nervous’

SKUAD kuadran sepak takraw Malaysia mempamerkan aksi penuh debaran apabila menundukkan Filipina pada aksi kedua Kumpulan B Kejohanan Piala Sepak Takraw Asia (ASTAF) 2025 dengan kemenangan 2-1 pada Sabtu.

Kejayaan itu membuktikan kekuatan serta keserasian pasukan negara dalam acara kuadran dengan ia merupakan kemenangan kedua selepas menewaskan China 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur di sebelah petang.

Malaysia bermula garang pada set pertama apabila berjaya menewaskan Filipina dengan keputusan 15-6  menerusi gandingan skuad negara yang dibarisi Muhamad Shahalril Aiman, Norfaizzul Abd Razak, Amirul Zazwan dan Muhammad Afifuddin.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%