Suria7

Sukan

[VIDEO] Lamine Yamal terkantoi ada ‘plot jahat’ ejek Mbappe

PEMAIN muda Sepanyol, Lamine Yamal semakin diangkat sebagai salah seorang ‘ubi muda’ terbaik dala kejohanan Euro 2024 selepas konsisten dalam membantu skuad La Roja mara sehingga ke peringkat akhir.

Prestasi Yamal bersama pasukan bimbingan Luis de la Fuente semakin menyerlah apabila golnya ketika kemenangan 2-1 bertemu Perancis menjadikannya sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol dalam sejarah Euro.

Yamal menjaringkan gol menerusi sepakan padu dari luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan selepas Randal Kolo Muani meletakkan Perancis di depan sebelum Dani Olma meledak gol kemenangan Sepanyol.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%