Sukan

[VIDEO] Lakar rekod tanpa kalah, Johor Jewels pertahankan kejuaraan NSL

JOHOR Jewels merekodkan pencapaian cukup bermakna apabila muncul juara Liga Super Bola Keranjang 2023 selepas menumpaskan Kuala Lumpur (KL) Wildcats dengan keputusan 47-43 dalam aksi final di Stadium Juara, Kuala Lumpur pada Ahad.

Kemenangan itu memastikan Johor Jewels berjaya mempertahankan kejuaraan dan mengekalkan rekod tanpa kalah serta menjadi satu pencapaian yang gemilang buat skuad bimbingan Tracey Robinson.

Kejayaan tersebut turut disaksikan pemilik pasukan, Che Puan Besar Khaleeda Bustaman dalam pertembungan yang disaksikan ratusan peminat sukan itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.