Sukan

[VIDEO] Kita ibarat naik Kancil, JDT seperti bawa Ferrari — Yusri Che Lah

KEKALAHAN kesembilan Liga Super dialami Perak FC musim ini ketika mereka bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor untuk bertemu skuad Harimau Selatan pada Isnin.

Meskipun menampilkan aksi agak memuaskan, skuad The Bos Gaurus (TBG) masih tidak dapat menghalang tuan rumah daripada mengutip tiga mata penuh yang sekali gus mengesahkan kejuaraan ke-11 liga buat Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun, pujian masih perlu diberikan kepada Perak atas semangat juang ditonjolkan sehingga hanya membenarkan dua gol dijaringkan skuad Harimau Selatan menerusi Jese Rodriguez dan Jorge Obregon.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.