BEKAS penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohammed, dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Sabtu.
Berita duka itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Zachki Ahmad Suri menerusi hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama.
“Dukacita, Firos Mohammed telah kembali ke rahmatullah pukul 10.15 malam,” tulisnya ringkas.