Sukan

[VIDEO] ‘Killer’ terpaksa pulang sekejap ke Thailand, Penang Black Panthers tak gentar harungi kumpulan maut STL GP Perak

PENANG Black Panthers sudah menunjukkan kebersediaan untuk mengharungi cabaran kumpulan maut dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Perak yang akan membuka tirai pada 9 Oktober nanti.

Kelab dari Pulau Pinang itu yang diundi dalam Kumpulan D bersama juara Grand Prix Terengganu dan Selangor, Kuala Lumpur (KL) Thunder dan ATM Guardians dilihat tidak tertekan dengan jadual peringkat kumpulan itu.

Pengurusnya, Mohd Hasnul Hadi Abdul Rashid berkongsikan tahap persiapan anak-anak buahnya yang kini berjalan dengan lancar menjelang aksi yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh