Sukan

[VIDEO] Killer Perak Bison kongsi rahsia ‘comeback’ lepas pertarungan 98 minit menentang Penang Black Panthers

PERAK Bison mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Penang Black Panthers dalam aksi dramatik Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix Perak yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Rabu.

Perlawanan yang berlangsung selama 98 minit itu menyaksikan Perak Bison, yang dibarisi oleh Kritsada Sungvung selaku tekong, Aidil Aiman (pengumpan) dan Noraizat Nordin sebagai perejam berjaya menundukkan lawan mereka dalam pertembungan tiga set yang penuh intensiti.

Set pertama menyaksikan Penang Black Panthers, yang dibarisi oleh Imran Fazli (tekong), pemain import Indonesia Rusdi (killer) dan Irzan Nazri (pengumpan), mencuri tumpuan awal dengan kemenangan 15-13.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh