PEREJAM Negeri Sembilan Antlers, Hafizul Hayazi berkongsikan perasaannya selepas diberikan peluang untuk menjulang trofi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2024 selepas menewaskan Kuala Lumpur Thunder dalam aksi final di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, Selangor pada Ahad, lapor Stadium Astro.
Walaupun bergelar pasukan ‘underdog’ musim ini, Hafizul turut menjelaskan ketajaman servis Haziq Nizam selaku tekong utama memberikan mimpi ngeri buat pasukan lawan hingga membantu pasukannya muncul juara dua kali berturut-turut.
Menurutnya, pasukan NS Antlers beraksi tanpa tekanan dengan hati yang lapang sambil mengekalkan disiplin dalam serangan dan pertahanan.





