Sukan

[VIDEO] ‘Kalau JDT ada Arif Aiman, Selangor pula ada Phil Foden Malaysia’

PEMAIN Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia 2022, Arif Aiman Hanapi merupakan satu rahmat buat bola sepak negara selepas dia tampil cemerlang dengan konsisten sejak penampilan ‘debut’ bersama Johor Darul Takzim (JDT) pada 2020.

Ketika itu, Arif Aiman yang hanya berusia 17 tahun membuat penampilan sulung dalam skuad senior ketika perlawanan Liga Super antara JDT dan Felda United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 14 Mac 2020.

Sejak daripada itu, permata negara itu tidak lagi menoleh ke belakang selepas mencipta pelbagai sejarah dan meletakkan namanya bersama barisan-barisan bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Neymar da Silva dalam kejohanan tertinggi Asia iaitu Asian Champions League (ACL).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh