Sukan

[VIDEO] ‘Kalau boleh mahu kekal di Thailand’, Cheng Hoe belum pasti soal masa depan

MASA depan Tan Cheng Hoe bersama Police Tero masih kekal misteri sama ada bekas pengendali kebangsaan berkenaan akan kekal mengendali kelab divisyen satu Thailand tersebut ataupun sebaliknya.

Kedudukan pengendali kelahiran Kedah itu mula dipersoal selepas pasukan dengan jolokan The Silver Shield Dragon berkenaan masih menghuni zon penyingkiran Thai League 1 dengan 25 mata selepas mengharungi 27 perlawanan.

Sejak diberi amanah untuk membimbing Police Tero, Cheng Hoe seakan-akan tidak menemui ramuan terbaik apabila hanya meraih satu kemenangan, dua seri dan empat kekalahan sejak menyertai pasukan berkenaan pada Mac lepas.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh