PERJUANGAN Selangor FC di pentas antarabangsa diteruskan apabila mereka terbang ke Filipina untuk berdepan Dynamic Herb Cebu dalam aksi Piala Shopee pada Rabu.
Ia adalah peluang terakhir untuk Selangor mencapai sesuatu yang bermakna di peringkat antarabangsa untuk musim ini.
Kembali ke Stadium Memorial Rizal di Manila memberikan kenangan manis tapi pahit buat Selangor pada musim lalu.





