SEJARAH tercipta apabila Malaysia muncul juara bagi acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menundukkan Thailand dalam perlawanan akhir pada Rabu.
Mendapat sokongan padu peminat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jelas membangkitkan semangat pemain-pemain negara yang dilihat mudah menjinakkan lawan dalam permainan ‘straight set’.
Dianggap sebagai pertemuan musuh tradisi sepanjang abad, Malaysia akhirnya berjaya menantkan badi kekalahan di tangan pasukan Gajah Perang tersebut.