SKUAD kebangsaan Perancis bukan hanya terkenal dengan kemahiran atas padang dengan corak permainan bermutu tinggi ditampilkan mereka, malah fesyen luar padang para pemain Les Bleus turut menjadi sorotan penyokong.
Jadual antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan pemain Perancis yang dipanggil Didier Deschamps menjadikan ia sebagai platform untuk mempamerkan citarasa mereka dalam busana.
Menerusi video tular di media sosial, hampir semua pemain naib johan Piala Dunia 2022 itu tiba dengan penampilan fesyen terkini dengan ada di antaranya memakai sut dan jaket dari jenama terkenal sewaktu ke pusat latihan mereka.





