JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain kelab La Liga, Ager Aketxe sebagai tambahan terbaru dalam skuad Harimau Selatan.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai, pengumuman rasmi mengenai penyertaannya hanya dibuat pada 1 September iaitu sehari selepas jendela perpindahan ditutup pada 31 Ogos.
Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Facebook kelab, JDT memaklumkan bahawa Aketxe sah ditandatangani satu jam sebelum jendela perpindahan ditutup pada Ahad.






