TIDAK boleh dinafikan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai fasiliti cukup canggih, terutamanya yang bertujuan menambah baik keadaan dan fizikal pemain.
Teknologi perubatan yang dimiliki kelab itu boleh dikategorikan sebagai antara yang terbaik kerana ia dibangunkan untuk mengelakkan pemain daripada disisihkan terlalu lama akibat kecederaan.
Jadi, tidak hairanlah apabila rata-rata bintang Harimau Selatan berada dalam keadaan optimum meskipun selepas terlibat dengan isu kecergasan buat satu tempoh panjang.






