Sukan

[VIDEO] Jangan risau fans JDT, 2 gergasi China pernah ‘terciduk’ di SSI

WAKIL Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan misi sukar berdepan kelab China iaitu Shanghai Port FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Selasa.

Aksi menentang Shanghai Port ibarat misi hidup dan mati buat pasukan bimbingan Xisco Munoz dalam usaha kekal di dalam kelompok lapan pasukan terbaik bagi saingan pentas tertinggi Asia berkenaan. 

Prestasi Harimau Selatan ketika ini sedikit bergelut di peringkat antarabangsa apabila sebelum ini juara Liga Super berkenaan tewas 0-2 kepada Melbourne City FC di Stadium Melbourne Rectangular pada 25 November. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.