Suria7

Sukan

[VIDEO] Isteri keeper JDT kongsi salah seorang mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut ada tali persaudaraan

PELAKON wanita tanah air, Eyra Hazali berkongsi bahawa salah seorang mangsa yang nahas membabitkan dua helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak pada Selasa merupakan ahli keluarganya.

Eyra yang juga merupakan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli memaklumkan bahawa Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin merupakan suami kepada sepupunya.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Eyra menerusi laman Insta Story peribadinya pada Rabu sejurus selepas berita hiba mengejutkan rakyat Malaysia yang menyaksikan dua aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkenaan berlanggar di ruang udara.

WhatsApp Image 2024-04-23 at 14.09.06

Tangkap layar hantaran daripada Insta Story Eyra.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%