Sukan

[VIDEO] Insiden ‘eye poke’ petarung Amerika cetus persoalan, Johan Ghazali tenang tak nak bagi alasan

JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar terpaksa akur tewas kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi penuh sengit ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Paez yang sebelum ini gagal melepasi ujian hidrasi dan timbangan memperoleh kemenangan 2-1 berdasarkan keputusan ‘split decision’ dari juri selepas pertarungan tiga pusingan penuh dalam kategori flyweight.

Kekalahan berkenaan merupakan kekalahan ketiga buat Johan Ghazali atau mera dengan sapaan Jojo dalam karier profesionalnya dan jelas memberikan tamparan emosi yang berat buat atlet muda berusia 18 tahun itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh