Sukan

[VIDEO] Insiden ‘cabul’ Arif Aiman, Theerathon Bunmathan digantung 3 perlawanan

PEMAIN pertahanan Buriram United, Theerathon Bunmathan dijatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan susulan tindakan ‘nakal’ terhadap bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Tindakan ‘nakal’ kapten skuad kebangsaan Thailand itu menyebabkan Arif terbaring kesakitan dan semakan oleh VAR menyaksikan Bunmathan diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan dari Arab Saudi.

Menurut laporan Siamsports, Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengenakan penggantungan tiga perlawanan ke atas Bunmathan sebagai hukuman atas tindakan tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh