SATU insiden yang tidak enak berlaku di Stadium Bandaraya, George Town selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dengan Negeri Sembilan FC pada Sabtu.
Dalam satu rakaman tular yang dikongsikan oleh Penang Brotherhood di Facebook, kelihatan sekumpulan penyokong dipercayai golongan hooligan Negeri Sembilan yang melakukan kekecohan semasa hendak meninggalkan stadium.
Berdasarkan rakaman tersebut, terdapat segelintir daripada mereka yang melakukan provokasi terhadap pegawai polis bertugas.





