PENANTIAN 33 tahun untuk Malaysia bergelar juara bagi acara regu berpasukan akhirnya kandas di final selepas tewas 1-2 di tangan Thailand dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pada set pertama bagi perlawanan pembukaan acara regu berpasukan, regu pertama negara yang dibarisi oleh pemain berpengalaman, Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak permainan apabila ketinggalan 9-15.
Thailand yang dibarisi regu pertama Siriwat Sakha, Poramet Siriswat dan Varayut Jantarasena bagaimanapun enggan mengulangi kesilapan sama dan tampil beraksi dengan begitu cemerlang.