Sukan

[VIDEO] ‘Hati-hati bila komen’, Damien Lim tegur fans Harimau Malaya jangan ikut kata hati

KEKALAHAN di tangan Tajikistan pada pentas final Pestabola Merdeka 2023 dengan keputusan 0-2 sememangnya memberi kekecewaan kepada para penyokong Harimau Malaya yang mendambakan untuk melihat Malaysia merangkul trofi kejohanan itu.

Namun rezeki tidak berpihak kepada skuad kendalian Kim Pan-gon walaupun Malaysia lebih mendominasi permainan dan semakin ketara apabila beberapa percubaan Harimau Malaya gagal menembusi gawang Tajikistan.

Lebih mengeruhkan keadaan, ada segelintir penyokong menyalahkan beberapa pemain susulan kekalahan tersebut dan mereka menganggap kesilapan mudah yang dilakukan menghukum Harimau Malaya sehingga akhirnya tewas di laman sendiri.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.