Sukan

[VIDEO] Hanya beza 0.01 saat di depan Selangor, kuartet Sabah pecah rekod acara 4x400m L15 MSSM 2025

KEJOHANAN Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh dramatik apabila pasukan Sabah mencipta sejarah baharu dalam acara 4×400 meter Lelaki Bawah 15 Tahun Akhir (L15) selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada aksi penutup di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis pada Sabtu.

Barisan pelari Sabah, Mohamad Shafiq Asri Abdullah, Muhamad Azrizam Haizal Jolison, Muhammad Nurmansyah dan Deaxter Pius mempamerkan semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa tiga minit 22.34 saat (3:22.34).

Catatan tersebut bukan sahaja menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Sabah, malah memadamkan rekod kebangsaan iaitu 3:25.42 yang turut dipegang oleh pasukan Sabah sebelum ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.