Sukan

[VIDEO] Gol debut Asia Jese bantu JDT ‘mendonia’ hingga ke La Liga

KELAB gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengatasi cabaran kelab K1 Liga Korea, Pohang Steelers 5-2 pada aksi terakhir Kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Selasa.

Jaringan gol dari Oscar Arribas, Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi, Jese Rodrguez dan sepakan penalti Jorge Obregon pada babak kecederaan separuh masa kedua menutup malam gemilang JDT di peringkat kumpulan pentas Asia itu.

Manakala, Lee Ho-Jae dan Hyeon je-kang pula memberi dua gol untuk Pohang Steelers selepas berhasil menewaskan penjaga gol import Harimau Selatan, Andoni Zubiaurre pada minit ke-27 dan 80 permainan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.