Sukan

[VIDEO] Gigih selamatkan bola, ‘keeper’ PSG terima 10 jahitan akibat muka cedera kena stud

DEMI menyelamatkan pasukan daripada dibolosi terlalu awal, penjaga gol Paris Saint Germain (PSG) iaitu Gianluigi Donnarumma terpaksa menerima kecederaan serius di muka dalam aksi menentang Monaco bagi perlawanan Ligue 1 pada Khamis.

Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Stade Louis II, Monaco, Perancis itu menyaksikan Donnarumma menyelamatkan percubaan Wilfired Singo di babak pertama pertembungan sehingga mukanya luka terkena stud kasut bola pemain berkenaan.

Kejadian ngeri dialami pemain antarabangsa Itali membuatkan PSG terpaksa dikeluarkan Donnarumma pada minit ke-22 bagi menerima rawatan susulan dan digantikan oleh Matvei Safonov.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.