TINDAKAN luar kawalan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan bek kiri iaitu Tommy Mawat Bada yang berkelahi dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dekat Johor dikhuatiri akan mengundang padah lebih besar.
Hal ini kerana, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM), Datuk S. Sivasundaram berkata, kedua-dua pemain itu tetap boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.
Kejadian membabitkan Arif Aiman dan Tommy itu bukan kali pertama berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila sebelum ini dua pemain domestik iaitu Liridon Krasniqi serta Baddrol Bakhtiar juga pernah mengalaminya.





