PERAK membuktikan keunggulan mereka apabila semakin hampir mengekalkan gelaran acara beregu lelaki Piala Tun Ali 2024 selepas menjinakkan Pahang 2-0 dalam separuh akhir di Dewan MBMB, Bukit Serindit, Melaka pada Sabtu.
Dalam aksi sebelum melangkah ke pentas final itu menyaksikan Dzafril Anuar selaku jurulatih Perak mempertaruhkan duo utama mereka iaitu Asyaraaf Hadi dan Yodsanon.
Manakala, Pahang pula menurunkan gandingan Akif Ismat dan Komkrit Kaewkhamjan untuk mencabar kekuatan duo Perak berkenaan namun perlawanan tetap berkesudahan dengan kemenangan straight set.





