BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF apabila menewaskan pasangan Indonesia dalam aksi yang cukup dramatik.
Berdepan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang merupakan bekas pasangan ranking nombor satu dunia jelas memberikan kesukaran buat Sze Fei dan Izzuddin.
Ia jelas dapat disaksikan apabila gandingan dari Indonesia itu mempamerkan aksi kemas walaupun diberikan tentangan sengit pada set pertama untuk meraih kemenangan 21-17.