SAINGAN Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menampilkan perlawanan sengit seawal pusingan 16 dengan keseluruhan 16 pasukan berentap pada edisi kali ini.
Sebanyak 13 pasukan Liga Super dan tiga pasukan teratas Liga A1 Semi Pro akan beraksi dalam perlawanan timbal balik bermula dari pusingan 16, suku akhir, separuh akhir, dan kemuncaknya adalah perlawanan akhir (satu perlawanan).
Selepas selesai majlis undian Unifi Piala Malaysia 2024-2025 yang berlangsung pada Isnin (11 November), setiap pasukan boleh mula menyusun strategi bagi memastikan peluang mereka mara lebih jauh dalam kejohanan yang kini memasuki edisi ke-98 itu.





