Sukan

[VIDEO] Fazly Mazlan sebak, cium baju Faisal Halim sebelum lawan Kedah

PASUKAN Selangor FC berjaya mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal pemain gantian, Aliff Haiqal Lau pada Sabtu lalu (18 Mei).

Aliff Haiqal yang masuk menggantikan Mukhairi Ajmal tidak mensia-siakan peluang terhidang dengan melakukan rembatan voli ke arah gawang gol Kedah selepas bola terkena lantunan pemain pertahanan lawan.

Apa yang lebih menarik, jaringan pemain berjersi nombor 77 itu diraikan dengan sambutan ‘siuuu’ yang sudah sinonim dengan bintang Selangor, Muhd Faisal Halim sebagai tanda sokongan kepadanya selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.