Sukan

[VIDEO] Fans tak gemar lihat reaksi Arif Aiman ‘ajak’ gaduh lepas kaki dipijak pemain Terengganu FC

JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) menepati ramalan seluruh penyokong bola sepak tempatan apabila melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 dengan menewaskan Terengganu FC dalam aksi separuh akhir kedua 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Sabtu (1 Februari).

Dua jaringan Heberty Fernandes berjaya melengkapkan kemenangan agregat 6-1 ke atas Terengganu selepas Harimau Selatan mudah mencetak empat gol pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Zainal Abidin, Terengganu pada 17 Januari lalu.

Kehadiran lebih 20,000 penyokong tuan rumah juga menjadi saksi rekod baharu lima kali berturut-turut JDT melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh