KIRA-KIRA dua minggu lagi penyokong bola sepak tanah air akan menonton perlawanan melibatkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.
Ia menjadi perlawanan yang dinantikan oleh penyokong bola sepak tanah air dengan kali terakhir United berkunjung ke Malaysia semasa jelajah pramusim 2009, menewaskan Pilihan Malaysia dua kali 3-2 dan 2-0 masing-masing pada 18 dan 20 Julai di SNBJ.
Selain Man United, pasukan gergasi EPL iaitu Chelsea juga pernah berkunjung ke tanah air untuk aksi persahabatan menentang Harimau Malaya sebanyak tiga kali iaitu pada 2008, 2011 dan 2013 dengan semuanya berakhir dengan kekalahan buat skuad kebangsaan.





