LAUNGAN ‘Oh Malaysiaku Kita Pasti Menang’ bergema di Stadium Titiwangsa selepas skuad double negara dinobatkan juara dalam pusingan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Rabu.
Bagi acara double, skuad negara yang dibarisi gandingan hebat Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin berjaya mengenepikan cabaran kelab gergasi Asia, Thailand di pentas akhir Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Pembukaan set pertama menyaksikan double Thailand kerap melakukan kesilapan sehingga membenarkan Malaysia mendapat mata percuma menerusi servis.