KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dikesan meninggalkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor lebih awal sebelum tamat perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL 2) menentang Persib Bandung pada Khamis.
Menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, kelibat Johan dirakam keluar melalui pintu masuk pemain ketika keadaan di stadium masih terkawal.
“CEO cabut awal tinggalkan pasukan,” kata hantaran tersebut yang dikongsikan oleh @ultraSel_.





